Sebanyak 24org datang berkumpul di IMU membentuk halaqah bagi mengikat janji untuk sama-sama berkomited dalam perjuangan yang tiada noktah melainkan mati. Wakil-wakil dari berbagai jenis universiti di seluruh Malaysia telah datang bagi merealisasikan impian.
Ketika rakan2 lain masih tidur, kami membongkok2 mencari jalan menuju ke IMU. Disitulah, jumpalah cahaya yang lama dinantikan. Sejam bersama Prof Latiff (Presiden PPIM) dirasakan tidak mencukupi. Mengapa masa itu terlalu bersifat cemburu? Impian dikongsi bersama supaya mimpi dapat menjadi kenyataan.Meremang bulu roma mendengar setiap patah perkataan yg diutarakan. Terasa banyak perlu dimunasabah kembali.
Al-zumar.
itulah yang melekat di fikiran.
Ingin
merasa jalan pintas menuju ke syurga dan semakin mahu terbang laju ke SyUrgA
FiRdAuSi.
maka,kerja keras diperlukan dari saat ini.
tanpa henti.
tanpa kecewa.
tanpa alasan.
Oleh kerana Dr Munawar terpaksa membatalkan kehadiran di saat akhir kerana masalah tidak dapat dielakkan, slot pagi diisi dengan seratus penerangan dan seribu pertanyaan. Memang banyak soalan yang berbangkit tentang ppim dari visi,misi,objektif. dan wajib semua soalan itu dijawab supaya tidak timbul kekusutan di akhir hari. Terima kasih bagi yang menanyakan soalan,kerana itu yang membuatkan otak ligat berfikir.
Dr. Aidil datang juga akhirnya walaupun sesat pada mulanya. Dia oncall hari itu,tapi dia tetap datang tanpa memikirkan waktu rehat yang sempit.Dia sanggup datang untuk bersama kami. Sedikit pengisian dikongsi supaya masalah terdahulu tidak berulang kembali.
Petang itu,halaqah menjadi kecil kerana ada yang terpaksa balik kerana hal-hal tertentu. Memang susah mengumpulkan orang2, tapi alhamdulillah induksi tetap dijalankan dengan lancar. Review takwin kembali supaya dapat mengenalpasti masalah yang bakal ditimbul.
Akhirnya, Dr Yussra datang. Bau Sabah melekat dihidung.Orang penting datang tanpa paluan kompang. Sempoi tapi berisi pendapatnya.Memang kami akui,kami perlukan tunjuk ajar dari senior2 yang berdedikasi ini. Dan disini kami berkumpul sebagai satu pasukan dalam satu impian yang sama adalah hasil dari mereka yang gigih tanpa jemu.
Memang sehari sebelum induksi, perasaan malas, lemah dan futur telah bersarang. Bingung dengan keadaan skeliling. Semuanya serabut.Tertekan jika tidak berjaya melakukan yang terbaik. Termangu menunggu sms yg tidak bbalas.deretan sms pula kunjung tiba menantikan jawapan. kerja2 pelajaran semakin menimbun walaupun telah membakar pelita di tengah malam untuk menyiapkannya. Ingin sekali membunuh kemalasan yang sudah lama bersarang di hati.
Sabtu itulah menemukan ombak2 hebat itu.
dan pasti kamu-kamu-kamu-dan-saya ingin menjadi ombak2 hebat itu.
mengaum tanpa henti dilautan itu
merubah lautan tenang itu
itulah dia semangat ombak luar biasa itu.
Ayuh, bersiap sedia untuk menjadi Al-zumar.
kita sama2 naik flying carpet terbang tanpa henti ke firdausi!
Amin!
-Zackyun-
p/s: Gambar itu menunjukkan kesungguhan mendengar, bukan tengah tidur!
No comments:
Post a Comment