Monday, November 06, 2006

Pantun dari Prof Latiff

Bukan susah pantun diolah
Asal pernah belajar di sekolah
Yang penting ikhlas kerana Allah
Semua amal di kira ibadah

Hari Raya berlalu sudah
Jangan terlalai meninggalkan ibadah
Beraya sakan tertinggal kuliah
Kalau dengan saya mesti kena marah

Pelajaran dituntut, penuh kesungguhan
Doa dan usaha saling bergandingan
Namun dakwah mesti berjalan
Ummah yang lemah mesti dijayakan

Amalan yang baik takkan dipersiakan
Usaha yang gigih sentiasa diperhatikan
Yang Maha Berkuasa akan menentukan
Para pendakwah mendapat kejayaan

PPIM SC menjadi wadah
Sambil belajar kita berdakwah
Menambah aktivis dikalangan ummah
Ummat yang lemah menjadi gagah

Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan
Cuma diri yang takut disibukkan
Termakan was-was dari syaitan
Rezeki yang sempit sentiasa dia janjikan

Adakah pernah mahasiswa kegagalan ?
Kerana komitmen yang penuh keikhlasan ?
Adakah pernah yang jatuh kehinaan ?
Kerana Islam menjadi pegangan ?

Cuma yang gagal adalah yang lemah
Kerja sembrono tidak berhemah
Jadual yang tersusun, diikut tak pernah
Selalu terlena di dalam kuliah

Akuilah sahabatku, kelemahan kita
Bangsa dan ummah selalu dihina
Bangkitlah segera berjihadlah kita
Helah tiada, alasan pun tiada

Lembah Kelang “subur” tempatnya
Fakulti Perubatan amatlah banyaknya
Dimana siswi dimana siswanya ?
Aku ternanti aktiviti yang bermakna

Mahukah menunggu selesai belajar
Baru nak aktif, cita di kejar
Ramai yang tumpas dakwah terbiar
Kesibukan kerja, keluarga dan harta yang dikejar

Syurga menanti bagi yang berusaha
Seikhlas hati kerja terlaksana
Mempunyai visi dan juga berwibawa
Menjayakan tugas Khalifah di dunia


Abdul Latiff
Syawal 1427

No comments: